WAJ3106: MODENISASI DI MALAYSIA
MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kedatangan penjajah British.
Ekonomi:
Peringkat awal
- Ditumpukan kepada prasarana ekonomi
- Pembangunan pertanian
- Industry gentian import
Akhir tahun 1960-an
- Mula diasaskan kepada pembangunan teknologi
- Peralihan kepada industry gentian-import kepada industry beroerientasikan eksport
2000-an
- K-ekonomi (ekonomi yang berasakan ilmu atau knowledge)
Secara keseluruhan,
- Pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat di ukur dengan (KDNK) yang baik.
- 8-9 % terutama pada 1980-an dan1990-an
Politik:
Disebabkan
proses migrasi dan penjajahan, Malaysia menjadi sebuah Negara bangsa
yang sempadan wilyahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza.
Hubungan Etnik:
Pembangunan
ekonomi merupakan kunci kepada pembinaan Negara bangsa. Cita-cita
pembinaan Negara bangsa selalunya gagal sekiranya pembangunan ekonomi
tidak mantap seperti kita saksikan berlaku di Afrika.
Acuan Ekonomi Malaysia:
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan cirri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah oleh British.
Ciri-ciri Etnik Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi
Demografi dan Politik
- Etnik melayu merupakan etnik majority dalam aspek demografi dan politik.
- Ini tidak bermakna etnik Melayu turut majority dalam bidang yang lain.
Ekonomi
- Faktor
yang menentukan siapa yang menjadi majority bukan ditentukan oleh aspek
demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan.
- Dalam hal ini etnik cina merupakan majority oleh kuantiti hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik lain.
- Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.
- Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969.
Perancangan Pembangunan Lima Tahun
1950-1955: Draft Development Plan of Malaya
1956-1960: Rancangan Malaya Pertama
1961-1965: Rancangan Malaya Kedua (selepas sahaja pilihan raya umum 1959)
1966-1970: Rancangan Malaysia Pertama
1971-1975: Rancangan Malaysia Kedua (hasil daripada peristiwa 13 Mei 1969)
1976-1980: Rancangan Malaysia ketiga
1981-1985: RMK - 4
1986-1990: RMK – 5 (RMK 2-5 ditumpukan untuk mencapai matlamat DEB)
1991-1995: RMK – 6 menitikberatkan industry berasaskan teknologi yang lebih maju
dan dasar penswastaan
(1996-2000: RMK – 7) + (2001-2005: RMK – 8) memberi perhatian kepada atas
industry berteraskan k-ekonomi
2006-2010: RMK – 9 ( isu pembangunan manusia atau disebut sebagai “modal insan”)
No comments:
Post a Comment