KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
Konsep Etnik
Kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi)
Menurut
Scupin (2003) etnik atau etnisiti berasal daripada perkataan Yunani,
‘ethnos’. Ia merujuk kepada orang bukan Yunani yang berkongsi cirri
biologi, culture dan cara hidup yang sama.
Dalam New Testament Yunani ‘ethnos’ merujuk kepada bangsa bukan Yunani atau bukan kristian.
Abad
ke -19, masyarakat Eropah menganggap perkataan etnik, etnikal,
etnisiti, ethnique dan ethni’e’ sama dengan istilah ras. Etnik dapat
diklasifikasikan melalui perbezaan culture. Etnik biasanya bersifat
etnosentrik –menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan
lebih utama berbanding budaya orang lain yang dipandang rendah, ganjil.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan kumpulan etnik tertentu.
Etnosentrisme
merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan
anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka lebih
hebat.
Konsep Ras dan Rasisme
Ras merujuk kepada
pengasingan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal badan
seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala dan tekstur rambut.
Menurut Banton (1987) ada 3 teori ras iaitu :
2.1. Ras sebagai keturunan-manusia berasal dari Adam dan Hawa.
2.2. Ras sebagai jenis
2.3. Ras sebagai subspesis-rujuk teori Charles Darwin.
Ahli
sosiologi melihat ras sebagai sekumpulan manusia yang melihat diri
mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai mempunyai sifat
keturunan yang membezakan mereka drp yang lain.
Rasisme ditakrifkan
sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negetif oleh sekelompok
sosial atau anggotanya terhadap suatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan fizikal-biologikal. Rasisme juga merupakan gabungan prejudis
dan kuasa yang diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit
dan ciri fizikal-biologikal yang lain.
Menurut Hughes et.al.(2002) rasisme wujud pada 2 tahap.
Pada
tahap individu rasisme ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu
berstatus superior manakala ada yang berstatus inferior (rendah)
Pada
peringkat institusi pula rasisme melibatkan dasar dan implemen bersifat
diskriminasi yang mewujudkan kesan ketidaksamaan pada manusia dari ras
yang berlainan.
Prejudice/prasangka merupakan sikap atau tanggapan
yang bersifat negetif terhadap sekumpulan manusia/ras lain. Ada 3
komponen prasangka iaitu komponen kognitif, afektif dan kelakuan.
Prejudice dalam etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandang negetif terhadap etnik lain.
Stereotaip
merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negetif terhadap sesuatu
kumpulan etnik, cth ‘ melayu itu beragama Islam’. Ia juga merujuk kepada
gambaran yang berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang
ditujukan kepada kumpulan etnik tertentu.
Diskriminasi pula adalah
pandangan, pemikiran dan kepercayaan negetif oleh seseorang/kelompok
terhadap anggota/kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak
yang berpandangan negetif.
Diskriminasi juga merujuk kepada layanan berlainan yang diberikan oleh individu/kelompok kepada individu/kelompok lain.
Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
1.Pluralisme merujuk kepada ideology yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.
2.Pluraliti merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semulajadi.
3.Pluralistik
merujuk kepada kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu
masa secara dirancang dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang
berkepentingan.
4.Kewujudan kepelbagaian etnik di alam Melayu
telah memberi sumbangan terhadap pembentuksn masyarakat plural yang
dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian.
5.Kedatangan
kolonial adalah disebabkan faktor Gospel, Glory dan Gold. Kedatangan
mereka telah memberi impak dalam system kehidupan masyarakat di alam
Melayu.
6.Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum
kedatangan colonial Eropah terbentuk melalui proses semulajadi tanpa
sebarang rancangan pemaksaan. Hasilnya telah mewujudkan interaksi yang
harmoni dengan penduduk, alam sekitar, system social, politik dan agama.
Mereka secara sukarela sangggup berkahwin dengan penduduk local.
7.Menurut
al-Attas pengaruh Hindu-Buddha tidaklah mendominasikan masyarakat di
alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh islam.
8.Orang Cina dan India dibawa kea lam Melayu demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.
Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melayu Melaka.
1.Melaka dianggap sebagai “venice of the east”
2.Pelaksanaan
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undnag laut Melaka yang berteraskan Islam
mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada ketika itu.
3.Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urustadbir berteraskan Islam.
4.Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman damai.
5.Penghijrahan semulajadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi antara pedagang Cina, India dengan penduduk lokal berlaku.
6.Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbangkan kepada multi budaya. Hasilnya terbentuk masyarakat Baba dan Nyonya.
Pembentukan Masyarakat Pluraliti Oleh Kolonial
1.Stephen Jay Goul dalam bukunya Rocks of Ages:Science and Religion menyatakan masyarakat terbahagi kepada dua:
i.masyarakat yang menyokong agama
ii.masyarakat sains moden
2.Kedatangan
Inggeris kea lam Melayu membawa bersama mereka konsep pemikiran
pemisahan negara dan agama. Agama dianggap penyumbang kepada
perselisihan manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan.
3.Inggeris telah memperkenalkan system pentadbiran berasaskan 3 unsur iaitu legislative, eksekutif dan kehakiman.
4.Bernard Cohn (pengkaji India British) berpendapat kolonialisme:
i.bukan sahaja melibatkan penaklukan ruang tapi juga epistemology atau system pemikiran penduduk peribumi.
ii.melibatkan proses penggantian system pemikiran local dengan system pemikiran sistematik.
Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka
1.Perkembangan masyarakat plural selepas merdeka boleh dilihat dalam ruang politik, perlembagaan, pendidikan dan ekonomi.
2.Malaysia dianggap negara yang berupaya melaksanakan system demokrasi dengan berkesan.
3.demokrasi
di negara ini berjalan dengan lancer terutamanya semenjak pilihanraya
1955 dimana etnik Melayu, Cina dan India telah bersatu mendesak Inggeris
memberi kemerdekaan.
4.Selepas tahun 1960an kerjasama
parti-parti politik dalam pakatan pemerintah telah berkembang. Pada
tahun 1974 Barisan Nasional ditubuhkan.
5.Dasar-dasar kerajaan
berkaitan hubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya
mengekalkan keharmonian masyarakat Malaysia.
6.Dalam Perlembagaan
negara kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding.
Pembentukan parti-parti politik etnik dan perikatan sebagai model
pemuafakatan politik.
7.Perlembagaan menjadi asas pelaksanaan system politik negara ini.
8.perlembagaan mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum.
9.Dari segi sejarah ada 2 kontrak social di alam Melayu:
i.Berlaku
pada zaman pluraliti iaitu janji setia dan saling hormat menghormati
antara rakyat dan raja (Demang Lebar Daun dgn rakyat)
ii.Berlaku kontrak sosial masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan Inggeris untuk beri kemerdekaan kepada negara ini.
10.Communities Liasion Committee (CLC) 1949 diadakan atas usaha Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock.
11.Sebelum Penyata Razak terdapat 4 sistem pendidikan di negara ini.
12.Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan dan orientasi.
13.Penyata razak dan Laporan Rahman Talib merealisasikan kenyataan ini.
14.Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar.
15.Mulai tahun 1957 kerajaan telah mempergiatkan pembangunan ekonomi untuk merapatkan jurang antara etnik.
16.Ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaya 1, 2, Rancangan Malaysia 1,2,3 dan seterusnya. Juga melalui DEB dan DPN.
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Konsep Modenisasi dan Pembangunan
1.Modenisasi
merupakan satu proses transformasi/perubahan dalam semua aspek
kehidupan masyarakat. Perubahan ini berencana dan ia mempunyai
matlamat,kaedah dan penetapan ukuran pencapaian.
2.Modenisasi diklasifikasikan kepada 2 :
i. Pembangunan ekonomi
ii. Pembangunan politik
3.Pembangunan
ekonomi mensasarkan mewujudkan masyarakat industri. Ia merangkumi
pembangunan teknologi, pembangunan agro, pembangunan perindustrian dan
urbanisasi.
4.Modenisasi dikatakan berasal usul dari Eropah
akibat 2 revolusi iaitu Revolusi Perancis (mengubah sistem politik
feudah) dan Revolusi Perindustrian.
5.Isu modenisasi berkait
rapat dengan falsafah dan praktikal. Dari segi falsafah ia berkaitan
dengan kemajuan/evolusi. Hal ini mebawa kepada teori sosial tentang
perubahan. Evolusionisme merujuk kepada gagasan bahawa perkembangan
negara miskin ke arah moden.
No comments:
Post a Comment