BMM3101: GAYA PEMBELAJARAN
Gaya
pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi
bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat.
Dalam
bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18
elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar.
Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu Persekitaraan, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal.
Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :
- Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar
- Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu.
- Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
- Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya
No comments:
Post a Comment