Domain Krathwohl
Domain
Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap,
dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.
Aras taksonomi Krathwohl
1. Penerimaan
Berhubung
dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan
peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan
soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
2. Gerak balas
Membawa
maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu
nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya.
3. Menilai
Pada
peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang
telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung
menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan
itu boleh dipratikkan.
4. Organisasi
Membawa
maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu
nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar
terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara
nilai-nilainya.
5. Perwatakan
Bermaksud
seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya
sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan
memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya
dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau
sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup
sendiri.
No comments:
Post a Comment